Rogadius azizahae atau Baji Azizah

Assalammauliakum dan Salam Sejahtera|

4 August 2025 | Rogadius azizahae atau Baji Azizah dinamakan sebagai penghormatan kepada Profesor Dr. Siti Azizah Mohd Nor atas sumbangan besar beliau dalam bidang ekologi molekul dan dedikasi beliau dalam meningkatkan pemahaman kita tentang biodiversiti dan pemuliharaan ikan, khususnya di Malaysia dan kawasan sekitarnya. Spesimen holotaip itu ditemui semasa tinjauan sumber perikanan demersal dengan Jabatan Perikanan Malaysia menggunakan kapal penyelidikan MV SEAFDEC 2 dari SEAFDEC Bangkok pada 2016. Spesimen itu kini ditempatkan di Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Penemuan ini turut dibantu oleh 2 orang penyelidik lain iaitu Dr Tun Nurul Aimi Mat Jaafar & Prof. Madya Dr Seah Ying Giat dari Fakulti Perikanan dan Sains Akuakultur.