Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain kerana dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Gemilang (P.P.G) sempena Istiadat Penyampaian Bintang dan Pingat Persatuan Pengakap Malaysia, yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, pada 9 November 2025.