Aktiviti Kerja Lapangan Pulau Bidong

11-13 September 2025| Stesen Penyelidikan Alam Pulau Bidong. Pembelajaran Bukan Hanya di dalam Bilik Darjah.Seawal semester pertama, pelajar Diploma Perikanan UMT telah dibawa ke Pulau Bidong untuk aktiviti kerja lapangan. Melalui tiga kursus asas Biologi Ikan, Sains Perikanan dan Biologi Invertebrata Akuatik mereka bukan sahaja mendengar teori, tetapi juga terus menyentuh, melihat dan mengalami pengalaman sebenar di lapangan. Alam adalah makmal mereka.Inilah keunikan belajar di UMT, pendedahan secara hands-on bermula dari awal lagi untuk melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan bersedia menyumbang kepada industri perikanan dan kelestarian sumber akuatik negara.
#DiplomaPerikananUMT
#DiplomainFisheries
#FSPA
#Budakikang