|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang kepada Prof Dr Jalal Khan Chowdhury dari Institut Kejuruteraan dan Teknologi Antarabangsa (IETI), China untuk membuat Program Profesor Pelawat ke Fakulti Perikanan dan Sains Akuakultur yang bermula pada 11 Januari 2026 hingga 15 Januari 2026. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah: 1- Kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor, UMT. 2- “Engagement Session” bersama Pengurusan dan Kakitangan Fakulti Perikanan dan Sains Akuakultur. 3- Kuliah Umum bersama pelajar Fakulti Perikanan dan Sains Akuakultur.