14 Sept 2026 | Program Pemindahan Ilmu Aquaboost Untuk Komuniti Akuakultur.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 14 Sept 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada komuniti penternak mengenai pendekatan pengayaan makanan akuakultur sedia ada bagi meningkatkan fungsi dan keberkesanan makanan mengikut keperluan ternakan.

Program ini akan melibatkan komuniti penternak dari Kedah dan Perlis sebagai usaha memperluas penggunaan teknologi yang praktikal dan mudah diaplikasikan bagi menyokong produktiviti serta kelestarian akuakultur.

Program dilaksanakan di bawah Dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) 2026 dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Gurun/Teloi Kiri.

#FSPA

#UMT

#Fisheries

#Aquaculture

#KebersamaanUMT