Lawatan Penandaarasan oleh Sarawak Energy

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

28 Ogos 2025| Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan memahami aspek pembangunan pusat penyelidikan terutamanya yang berkaitan pengurusan pusat penetasan. Sarawak Energy yang menyokong pelbagai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta Target 1.5-darjah Celsius Perjanjian Paris juga mengalu-alukan pelbagai kolaborasi bersama FSPA khasnya dan UMT amnya seperti program konservasi ekosistem, program pendidikan komuniti, dan sangkutan industri untuk pelajar UMT. Diharap lawatan ini menjadi titik mula ke arah kerjasama positif antara kedua-dua pihak.