Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
KUALA NERUS, 10 Mei 2026 – Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA) telah mengadakan Bengkel Asas Pembuatan Bubu Ikan dan Ketam pada 17 Mei – 19 Mei 2026 bertempat di Bengkel Akuakultur, FSPA.
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf FSPA berkaitan kemahiran asas dalam pembuatan bubu ikan dan ketam secara praktikal dan sistematik.
Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Perikanan Malaysia (APM) Chendering, Jabatan Perikanan Malaysia yang melibatkan 3 orang tenaga pengajar berpengalaman daripada APM iaitu En. Zahari bin Said, En. Ariffin bin Salim dan En. Ahmad Shahril Safwan Bin Abdulla.
Mereka merupakan tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang teknologi perikanan, khususnya dalam aspek pembinaan alatan tangkapan ikan.
ISelain itu, bengkel ini juga dapat membantu meningkatkan kompetensi dan kemahiran staf bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedia ada, pembangunan Program Sarjana Muda Teknologi Perikanan (baharu) dan program Tropical Fisheries Summer School (Program Mobiliti).
Secara tidak langsung, ianya akan dapat membantu staf dalam merancang, membina dan menilai reka bentuk bubu ikan dan ketam secara lebih efektif, inovatif dan selaras dengan keperluan standard akademik serta industri semasa.
Pelaksanaan bengkel ini juga diharapkan dapat menyokong pembangunan modal insan UMT bagi melahirkan staf yang lebih berdaya saing, kompeten dan dapat menyumbang kepada perkembangan bidang teknologi perikanan di peringkat nasional dan global.
Selain daripada itu, bengkel ini juga turut menjadi platfrom bagi kerjasama strategik di antara pihak UMT, khususnya FSPA dengan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memperkukukan teknologi alatan perikanan selaras dengan amalan serta keperluan industri semasa