Kemaman, 9 Mei 2026 – Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) Kumpulan 3 telah menjalankan Program Sokongan Komuniti bersama anak-anak dari Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Alhijrah, Kemaman.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturahim selain memberi pendedahan awal bidang perikanan kepada adik-beradik terbabit. Antaranya perkongsian ilmu tentang ikan lutsinar, pengenalan dunia perikanan dan teknik asas memancing yang mendapat sambutan.
Program ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada peserta, malah memupuk nilai empati, kepimpinan dan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.
Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan dan menyemarakkan minat dalam dunia ilmu dan perikanan pada masa hadapan.