14 Oktober 2025| Tiga pelajar SM Aquaculture Science dan 2 SM Applied Fisheries Science telah dipilih untuk menyertai Kem Musim Panas Marin Antarabangsa 2025 di Ocean University of China (OUC), Qingdao, yang berlangsung awal bulan ini. Penyertaan mereka ditaja sepenuhnya oleh OUC dan Biasiswa Duta Besar China. Lebih membanggakan, Harrishvar Pillai, pelajar tahun akhir program tersebut, dipilih sebagai wakil antarabangsa dan berpeluang menyampaikan ucapan bertajuk “Ocean of Discoveries”. Dalam ucapannya, beliau menekankan sumbangan UMT dalam bidang perikanan dan akuakultur, serta kepentingan rangkaian kerjasama global dalam pembelajaran dan penyelidikan untuk sumber makanan mampan dan pengurusan sumber marin.