27 August 2026 | FSPA dan Dapur Siswa UMT kongsi rezeki bersama Pelajar

27 August 2026 — Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA) UMT berganding bahu menyediakan 300 pax menu Khomok untuk diagihkan kepada para pelajar UMT.

Projek yang diketuai oleh Dr. Roslizawati Ab. Lah ini bermula seawal 7.30 pagi dengan penglibatan 20 pelajar Sarjana Muda Sains Perikanan, kakitangan serta pensyarah FSPA. Hidangan mula diagihkan pada jam 1.00 tengah hari.

Menariknya, warga FSPA turut sama menyumbang seikhlas hati bagi membolehkan rezeki nasi Khomok turut dikongsi bersama warga FSPA. Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menyemarakkan semangat kebersamaan dan budaya saling berkongsi rezeki. Para pelajar turut digalakkan membawa bekas makanan sendiri bagi mengurangkan penggunaan plastik dan menyokong kelestarian alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada TNC HEPA, Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain atas sumbangan dana melalui Dapur Siswa serta Dekan FSPA, Prof. Dr. Najiah Musa, atas sokongan dan dorongan dalam menjayakan projek ini.

Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memberi manfaat kepada warga pelajar UMT.
Terima kasih.

Terima kasih.

FSPA UMT

#FSPA

#UMT

#Fisheries

#Aquaculture

#KebersamaanUMT