Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
KUALA NERUS, 4 Jun 2026 – Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan Profesor Pelawat, Prof. Dr. Chia-Hui Wang dari National Taiwan Ocean University pada 2 hingga 5 Jun 2026. Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama akademik, penyelidikan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi.
Antara pengisian utama sepanjang lawatan tersebut ialah syarahan umum bertajuk “Spawning Grounds, Spatial Distribution and ENSO-Related Early Life History Variation of Three Mullet Species in Taiwan”. Syarahan ini membincangkan kawasan pembiakan, taburan spatial serta pengaruh fenomena El Niño–Southern Oscillation (ENSO) terhadap peringkat awal kehidupan tiga spesies ikan belanak di Taiwan.
FSPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Chia-Hui Wang atas kesudian berkongsi kepakaran, pengalaman penyelidikan dan pandangan ilmiah yang sangat bermanfaat kepada warga akademik serta pelajar UMT. Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang lebih erat pada masa hadapan demi memajukan bidang sains perikanan dan kelestarian sumber marin.