Akademi Perikanan Malaysia (APM)

Assalammualaikum and Salam Sejahtera| Sesi amali kursus Pengurusan Kesihatan Ikan oleh pelajar Sijil Perikanan telah dijalankan di Makmal Kesihatan Organisme Akuatik, Fakulti Perikanan dan Sains Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Melalui sesi ini, pelajar didedahkan dengan teknik pengecaman bakteria menggunakan kaedah pewarnaan Gram. Selain itu, pelajar juga berpeluang menggunakan Sistem qPCR Mikrofluidik Automatik teknologi moden bagi tujuan mendiagnosis penyakit ikan dengan cepat dan cekap.

Pendedahan ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan teori dalam situasi sebenar di makmal, sekali gus meningkatkan pemahaman mereka dalam bidang kesihatan ikan secara lebih praktikal dan berasaskan teknologi.

Akademi Perikanan Malaysia (APM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Dr Najiah binti Musa, Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Akuakultur UMT, En. Baharim bin Mustapa (Pegawai Sains); Dr Mohd Azman bin Yusof (Pegawai Perikanan), dan seluruh pasukan makmal atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan sesi amali ini.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dalam memantapkan latihan dan meningkatkan kompetensi pelajar dalam bidang perikanan.

#APM

#umt

#jabatanperikananmalaysia

#kesihatanikan #aquaculture

#TVETMalaysia

#LATIHANAMALI

#pendidikanteknikal