🎊 Tahniah!!! 🎊 Tahniah diucapkan kepada dua orang alumni UMT iaitu Sdri Asra Nor Izaty binti Aswadi dan Sdri. Wan Nurizzati binti W. Idris, kedua-duanya graduan Sarjana Muda Sains Akuakultur dan Diploma Perikanan dari UMT, kerana berjaya menerima Biasiswa Monbukagakusho (MEXT). Biasiswa Monbukagakusho ini adalah biasiswa berprestij daripada kerajaan Jepun yang membiayai: – Yuran Pengajian – Elaun Bulanan – Tambang penerbangan Kedua-dua pelajar ini telah diterima masuk ke Universiti Nagasaki Jepun 🇯🇵 mulai Oktober 2025. Tahniah dan terima kasih kepada SEMUA warga FSPA/FPSM yang telah mendidik dan membantu pelajar ini sepanjang berada di UMT.